
Oleh: Aimi Nordin Sumber & Gambar : Metro.co.uk
Zaman sekolah dulu selalu kena paper cuts. Bila nak ambil buku ke, nak guna A4 paper ke. Walaupun kena sikit je kat tangan tapi dia punya pedih memang tak menahan tau. Darah pun keluar sikit je. Nanti tangan bengkak sikit dan bila tersentuh jari kena paper cuts tu mesti terus berdenyut-denyut.
Tapi kenapa jari sakit sangat bila kena paper cuts?
1. Jari terutama di hujung jari ada banyak saraf yang membolehkan kita rasa macam-macam.
2. Paper cuts tu boleh merangsang sebilangan besar pain receptor ( reseptor sakit) pada bahagian kulit yang kecil dan nipis. Disebabkan darah yang tak banyak keluar, luka paper cuts tu terdedah kepada udara dan menjadikan ianya lebih sakit.
3. Banyak benda nak buat guna jari. Jadi kulit tu sentiasa bergerak dan luka tu lagi cenderung untuk terdedah. Maka semakin lambat proses penyembuhan dan semakin sakitla jari.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm