
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Elitedaily
Baca tajuk pun dah rasa macam kelakar kan? Yela, macam mana pula tiba-tiba ikan keli boleh jatuh dari udara?
Kejadian ikan keli menimpa seorang wanita Lisa Lobree ketika sedang berjalan-jalan bersama kawannya di Fairmount Park hingga mencederakan matanya dan membuatkan dirinya terjatuh. Lisa terkejut apabila tiba-tiba sesuatu jatuh dari langit dan menghimpap dirinya.
Menyedari ia seekor ikan keli seberat 2kilogram, dia pelik dari mana ikan tersebut datang. Matanya luka akibat terkena duri ikan keli tersebut. Ada beberapa pengunjung di situ mengatakan mungkin ikan keli tersebut terjatuh dibawa oleh sekumpulan burung.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm