
Malam semalam telah menyaksikan kemuncak Super Spontan 2016 dengan Johan diumumkan sebagai juara tahun ini yang berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.
Membawa pulang wang tunai RM 100, 000, Johan mengalah 5 pelawak tanah air yang lain. Naib juara pula milik Abam dengan membawa pulang RM 50, 000 dan tempat ketiga jatuh kepada Achey dengan wang tunai RM 20, 000.
Di tempat keempat, kelima dan keenam milik Fad, Ozlynn dan Tauke dengan membawa wang tunai RM 5000.
Ramai juga kelihatan selebriti tempatan memberi sokongan kepada pelawak-pelawak tanah air yang sudah berentap selama 10 minggu antaranya Tomok, Ayda Jebat, Black, Khalifah, Hisyam Hamid dan ramai lagi.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm