Oleh: Aimi Nordin Sumber: Doktersehat.com
Dalam kehidupan kita seharian terlalu banyak mitos yang kita percaya. Jangan menyanyi kat dapur nanti dapat suami tua lah, jangan makan berpindah randah nanti banyak pasangan lah dan macam -macam lagi. Tapi ada juga mitos semasa datang bulan yang ramai perempuan percaya. Apa dia?
1. Jangan potong kuku dan rambut semasa datang bulan
Bagi yang beragama Islam dilarang potong kuku atau rambut semasa haid. Islam suka kan kebersihan.
2. Tak boleh minum air sejuk semasa datang bulan
Minum minuman sejuk tak ada kena mengena dengan datang bulan kerana menstruasi di atur oleh hormon estrogen dan progesterone bukannya minuman sejuk
3. Tak boleh cuci rambut
Aiyo! Tak kan lah seminggu tak cuci rambut disebabkan datang bulan. Ingat! Kebersihan itu penting okay.
4. Minum air bikarbonat
Minum air yang ada soda boleh mempercepatkan aliran darah semasa datang bulan tu mitos tau.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm