
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Sinar Harian
Pelik. Seorang remaja Ana Ballesteros,18, dari Monteria, Colombia sanggup ditanam hidup-hidup hanya untuk merawat sakit belakang akibat dipanah petir di kolejnya. Dia ditimbus dengan tanah hingga ke paras leher selama tiga hari di halaman rumahnya.
Keluarganya percaya, dengan berbuat demikian ia mampu mengambil tenaga akibat panahan kilat yang terkena padanya.
"Saya tahu dengan duduk di dalam tanah, saya akan kembali pulih kerana ini salah satu cara rawatan kuno," katanya dipetik Mirror.uk.
Ibu Ana pula percaya sebelum membawanya ke hospital, elok mencuba cara rawatan tersebut oleh orang kampung.
"Saya berdoa dia OK jika keluar. Ana tidak boleh berjalan dengan betul dan mengalami luka terbakar dikakinya menyebabkan dia berasa sakit. Saya percaya pada tuhan dan masih tidak diketahui jika rawatan yang baru bermula awal minggu ini akan berkesan," ujarnya.
"Tidak ada bukti santifik yang mengatakan seorang pesakit yang dipanah petir perlu ditanam untuk pulih dari kesakitan yang dialami," kata seorang pekerja di sebuah klinik, Walter Gomez.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm