
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Hanasuva
Bila seseorang tu terlalu obses dengan selebriti yang mereka minati sampai sanggup ubah wajah seperti selebriti tersebut!
Jack Johnson, 10 tahun yang berasal dari United Kingdom sanggup menghabiskan £20,000 (RM107,221) untuk melakukan pembedahan agar wajahnya seiras David Beckham. Dia melakukan pembedahan pada pipi, dagu, kening, bibir, gigi dan suntikan lain.
Paling mengejutkan lelaki ini tak bekerja dan kini menanggung hutang untuk membayar kos pembedahan tersebut.
“Jelas sekali, saya tahu saya tidak kelihatan seperti dia,” kata Johnson. “Saya tidak bodoh tetapi saya tahu masih jauh lagi perjalanan untuk miliki wajah seperti dia.”
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm