Sumber: EH! Oleh: Aimi Nordin
Mana ada orang yang tak suka nak cantik walaupun bahagian kuku je. Tahu tak sebenarnya kuku lah bahagian orang pertama sekali pandang bila borak dengan kita. Jadi, pastikan kuku bersih cantik. Tapi macam mana nak kuku cantik berkilat kalau tak buat pedicure menicure yang mahal tu?
Haaa, ni kami bagi 5 benda yang korang boleh guna untuk cantik dan kilatkan kuku korang.
Limau Nipis
Potong limau nipis kepada dua bahagian. Gosokkan ke atas kuku serta biarkannya selama beberapa minit. Bilas dengan air. Praktikan amalan ini untuk dapatkan hasil yang memuaskan!
Bawang Putih
Bwang putih bukan untuk masak je tau. Kupas kulit bawang putih dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian gosokkan bawang putih tadi ke atas kuku. Selesai, cuci dengan air bersih. Kuku akan lebih berkilat baik dalam mengatasi masalah kuku yang mudah rapuh.
Belimbing Buluh
Senang nak dapat di kawasan kampung. Gosok buah belimbing buluh terus ke atas permukaan kuku. Selepas itu, rendam kuku di dalam air suam yang telah dicampur garam untuk hasil yang lebih efektif. Kalau nak lagi cantik sapu minyak zaitun lepas kuku kering.
Lemon
Kandungan vitamin C yang tinggi dalam lemon mampu membuatkan kuku tampak lebih cantik dan berkilat. Hiris beberapa kepingan buah lemon. Sapukan hirisan lemon di atas kuku untuk beberapa minit. Bilas dengan air. Amalan ini boleh membantu dalam mengatasi kuku yang kekuningan.
Kulit Tembikai
Tak sangka tembikai boleh buat kuku cantik. Caranya adalah dengan menggosok kulit buah tembikai ke atas permukaan kuku. Biarkan ia mengering. Cuci dengan air sehingga bersih.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm