Sumber: Siakap Keli Oleh: Aimi Nordin
Teknologi sekarang ni bukan boleh percaya. Macam-macam orang boleh tipu dan perdayakan kita. Tambahan lagi kalau ditabur ayat-ayat manis padahal kenal kat FB je pun. Macam kes seorang lelaki ni.
Seorang lelaki China ni sanggup terbang ke Pattaya, Thailand untuk bertemu kekasih hati yang dia kenal melalui FB. Tapi dah terbang jauh-jauh ke Pattaya sekali teman wanitanya tu bukan wanita tulen! Tapi lelaki!
Lelaki yang dikenali sebagai Hsiao Shun-Wen, 32, berkongsi kisah peritnya itu di Facebook dengan berkata dia mula menyedari perkara itu selepas bertemu secara berdepan dengannya dan perkara itu menyebabkan mereka berdua bergaduh.
Kekasih yang disangka perempuan tu menumbuk mukanya dan terus menghilangkan diri. Alahai kesiannya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm