
Oleh: AImi Nordin Sumber: Utusan & Malaysian Digest
Seorang penoreh getah di Sabah, Aloysius Taidin, 43 menjadi tumpuan kerana wajahnya saling tak tumpah seperti peninju terkenal dunia kelahiran Filipina, Manny Pacquiao. Setiap kali mahu ke bandar KOta KInabalu atau Keningau pasti ada yang mahu bergambar dengannya.
Menurut Aloysisu, dia mula menyedari yang wajahnya seiiras Manny beberapa tahun lalu apabila ada seorang lelaki Filipina yang kebetulan sedang menonton pertarungan peninju tersebut.
"Lelaki tersebut cakap muka saya betul-betul seiras dengan Pacquiao. Pada mulanya saya tak percaya kerana itu adalah kali pertama saya menonton perlawanan melibatkan Pacquiao. tetapi apabila pulang ke rumah dan melihat cermin, barulah saya perasan apa yang lelaki itu cakap memang betul," katanya.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm