
Oleh: Aimi Nordin
Jarang kita lihat binatang berkepala dua kan? Atau mungkin yang masih hidup walaupun ada bahagian badan yang bercantum. Tapi seorang peladang dan keluarga di Campbellsvill, Kentucky terkejut apabila seekor lembu mereka melahirkan seekor anak bermuka dua.
“Dari jauh saya menyangka lembu itu melahirkan anak kembar kerana nampak dua hidung namun apabila meneliti lebih dekat, saya terperanjat besar kerana anak lembu itu ada dua muka,” kata Stan McCubbin.
Kemudian anak lembu tersebut kelihatan ada beberapa masalah seperti empat matanya tak berkelip, ia boleh berdiri tapi hanya dalam bulatan sebelum terjatuh. Ia juga boleh makan cuma mulutnya dua-dua bergerak serentak.
Mereka menamakan ia Lucky kerana bernasib baik masih hidup hingga sekarang.
Sumber: Hmetro & WDRB.com