Oleh: Aimi Nordin
Kami tak boleh bayangkan tahap keberanian wanita bernama Alison Teal ni. Alison memang seorang yang berjiwa kental dan tak takutkan cabaran. Alison memang selalu mengembara ke seluruh dunia untuk lakukan pelbagai aktiviti mencabar.
Tak mustahil lah sebab bapanya merupakan seorang jurugambar National Geographic, David Blehert.
“Ia adalah impian seumur hidup. Ia berkaitan kekuatan hati, sangat menakjubkan dan panas."
“Saya pada mulanya sedang menunggu gelombang, namun apabila saya sampai, saya telah terkena serpihan batu jadi saya mengelakkan diri dengan terjun ke bawah air.
“Saya kemudiannya menoleh ke belakang dan melihat gelombang datang dan saya terus mendayung untuk keluar dari zon bahaya ini. Saya gembira tetapi pada masa sama ia meletihkan dan menakutkan,’’ katanya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm