
Sumber: Dailymail Oleh: Aimi Nordin
Sepanjang 13 bulan yang lalu, gadis Petrina Thong telah mengembara dari Sweden ke Malaysia hanya dengan menumpang kereta orang sahaja atau dalam bahasa Inggeris hitchhiking. Gadis berusia 29 tahun dari Stockholm ini mengembara seorang diri hanya berbekalkan wang berjumlah US$200 (RM 800) untuk melihat sejauh mana dia mampu pergi.
Mula mengembara pada bulan Jun 2015, akhirnya Petrina sampai ke Kuala Lumpur setahun kemudian iaitu Julai 2016 selepas menempuhi 22 buah negara termasuk Eropah, Timur Tengah dan Asia.



"Semasa saya pergi ke Stockholm tahun lepas, saya memang ingin merasa bagaimana mengembara hanya dengan menumpang orang sebab saya tak boleh bayangkan macam mana."
" Jadi saya rasa saya kena cuba, ingatkan nak travel tiga hingga enam bulan saja bergantung kepada berapa duit saya cukup dengan RM 800."
Selepas 3 bulan duitnya habis dan dia terpaksa bergerak dari satu negara ke negara lain dengan tiada duit dan tiada plan.
"Saya hanya berdiri tepi jalan dan tahan saja mana-mana kereta."





*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm