
Oleh Feyra Nasrom Sumber The Vocket
Buat semua pengguna iPhone, Apple akan hadirkan rekaan terbaru iaitu iPhone berkaca penuh. Jika sebelum ini penggunaan metal dipopularkan oleh iPhone sendiri, rekaan itu dikhabarkan tidak lagi kelihatan moden dan ekslusif untuk peredaran masa kini. Namun setakat ini masih belum ada sebarang imej sebenar mengenai rekaan terbaru yang dikatakan bakal diimplementasikan kepada iPhone 7.
Jadi, kita lihat dan tunggu sahaja kemunculan terbaru ini okay ! iPhone 7 juga dijangka bakal diumumkan pada bulan September ini dengan kehadiran yang lebih ekslusif dan juga berkualiti lebih bagus.