
Oleh Feyra Nasrom Sumber Astro Awani
Nak jumpa orang yang jujur dekat dunia ni memang susah. Tapi sebenarnya ramai je. Mungkin anda pun tergolong di kalangan orang yang jujur? Sebuah kisah dimana seorang remaja bernama Tristin Buzyn-Baker, 17 menjumpai dompet bintang Hollywood iaitu Chris Hemsworth di sebuah Restoran di Los Angeles.
Bagi bintang itu sendiri, dia sudah menganggap dompetnya yang tertinggal barangkali sudah hilang dan mustahil untuk ditemui kembali. Namun, siapa sangka kejujuran yang ada pada diri remaja tersebut mendatangkan tuah yang tidak disangka dalam hidupnya. Budzyn-Baker menulis surat kepada pihak pengurusan Hemsworth untuk memaklum perkara berkenaan.

Remaja ini juga dijemput sebagai tetamu undangan menerusi program realiti Tv , The Ellen Show dimana pelakon filem Thor itu juga turut bersama-samanya. Ketika sesi bual bicara itu berlangsung, pengacara Ellen De Generes mengumumkan ganjaran sebanyak RM39000 diatas sifat kejujuran yang dimiliki.
“Kamu orang muda yang hebat, dan terima kasih kerana menjadi seorang yang jujur,” ujar DeGeneres selepas menyampaikan hadiah.