Oleh Syazwan Aizad. Sumber Berita Harian & FB Team Malaysia

Siapa sangka, gadis tinggi lampai daripada Malaysia yang aktif dalam sukan karate ini, kini menduduki ranking nombor 1 dunia dalam acara Kumite Wanita 55 kilogram, Liga Premier Persekutuan Karate Sedunia Karate1.
Berita ini disampaikan oleh Page Team Malaysia sebentar tadi.

Syakilla Salni Krisnan, telah mengharumkan nama negara apabila melakar sejarah sebagai atlet Malaysia pertama yang berada di ranking tersebut dengan markah keseluruhan 2,115.



Tahniah buat Syakilla !
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm