
(Gambar: Ida Azerin Razali)
Oleh: Aimi Nordin Sumber: greeleytribune.com & FB Ida Azerin Razali
Nak pergi ke White House juga bukan mudah apatah lagi untuk mendapat jemputan ke sana. Tapi buat adik Nurnashrah Mohdreza, 15, tiada yang mustahil. Selalu mengambil gambar bersama arwah bapanya, Nashrah mencuba untuk menghantar video filem pendek sempena White House Student Film Festival.
Tema bagi video tersebut adalah "What kind of world do you want to live in?"
Pada 30 Ogos lalu, sehari selepas ulang tahun ke-15, Nashrah sedang bermain bola tampar dengan pasukannya apabila dia mengetahui filemnya telah dipilih untuk festival tersebut. Jadi, dia dijemput ke White House.
Filem pendek yang diberi tajuk, Through My Eyes tersebut menceritakan segala pengalamannya sendiri sebagai seorang Muslim.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm