
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Nextshark
Kalau dah namanya doktor bertauliah pasti ada saja cara yang akan digunakan untuk selamatkan nyawa pesakit. Itulah yang dilakukan Dr Tian Yu semasa menaiki penerbangan CA1478, Air China pada 23 September apabila mendengar anak-anak kapal memanggil doktor apabila ada seorang penumpang diserang sawan.
"Ia merupakan seorang penumpang lelaki berusia antara 35 dan 40. Beliau seolah-olah mimpi dan berbuih di mulut." menurutnya.
Dengan sumber yang terhad di atas kapal, Dr Tian Yu tahu apa yang dia lakukan.

Mulanya Yu meminta sudu dan tuala dari krew penerbangan. Dia balut sudu menggunakan tuala dan letak di dalam mulut pesakit untuk elakkan dia menggigit lidahnya. Yu kemudian meminta pencungkil gigi dan menggunakannya untuk merangsang titik akupuntur pesakit.
"Tidak ada jarum yang ada di atas kapal terbang, dan pencungkil gigi adalah penggantian yang terbaik yang saya boleh dapati."\