Oleh Syazwan Aizad. Sumber mStar
Subjek Matematik tiba-tiba menjadi subjek kegemaran rakyat di negara ini dek kerana ketibaan guru subjek itu yang di anggap paling cantik dan seksi di dunia di Malaysia.

Oksana Neveselaya, guru matematik kelahiran Belarus ini popular sekelip mata selepas video beliau mengajar subjek matematik menjadi viral di sini.

Beliau kini mempunyai lebih daripada 200 ribu pengikut di Instagram dan lebih 7000 pengikut di Facebook yang baru dibuka sejak 3 hari lalu. Wow!

Beberapa keping gambar yang dikongsi beliau sedang bercuti di Malaysia seperti di Kuala Lumpur dan Langkawi mendapat lebih daripada 4000 likes.



Ok, jom pergi belajar matematik dengan beliau jom!
Sumber gambar : IG
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm