
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Daily Mail & BHarian
Akibat daripada melepaskan angin ketika pembedahan laser sedang dijalankan, seorang wanita melecur teruk di bahagian kakinya di Hospital Universiti Perubatan Tokyo, Shinjuku di Tokyo, Jepun. Wanita berusia 30-an itu sedang menjalani pembedahan yang membabitkan penggunaan laser di bahagian servik.
Namun disebabkan gas yang dilepaskan, akibatnya sebahagian tubuh beliau terbakar termasuk pinggang dan kaki.
"Apabila gas usus pesakit dilepaskan di bilik pembedahan ia terbakar akibat laser dan api menyambar selimut bedah," menurut laporan.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm