
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Daily Mirror & Utusan
Bukan lah sesuatu yang mustahil tetapi luar biasa apabila bayi yang baru berusia 2 bulan sudah boleh menyebut sesuatu perkataan dengan jelas. Seorang bayi lelaki menjadi tumpuan ratusan ribu pengguna media sosial apabila ibunya berjaya merakamkan dia menyebut perkataan 'Hello'
Ibunya Samantha hanya merakam anaknya untuk ditunjukkan kepada rakannya menerusi aplikasi Snapchat. Dia berharap anaknya mungkin tergelak atau tersenyum. Namun tak sangka yang anaknya Christian Jones berjaya mengucap 'Hello' seperti yang disebutnya.
Samantha kemudiannya memuat naik video itu ke akaun Facebook miliknya dan klip berkenaan ditonton lebih 700,000 kali dalam tempoh tiga hari.
“Saya sama sekali tidak mempercayainya,” kata Samantha.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm