
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Utusan & Youtube
Sukan Muay Thai memang menjadi sukan kebanggaan rakyat negara Thailand. Tapi sehari sebelum Hari Kebangsaan yang lalu negara kita mencipta sejarah apabila Nur Amisha Azril Rizal, 14 tahun berjaya menjadi juara remaja dunia dengan mengalahkan tuan rumah pada Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia di Bangkok, Thailand.
Walaupun menyertai kejohanan tersebut sebagai status underdog tapi dia berjaya mengejutkan petinju tuan rumah Phin Pong Ratchada kategori 54 hingga 57 kilograam.
“Terima kasih kepada Persatuan Muaythai Malaysia dan Persatuan Muaythai Amatur Perak terutama kepada ketua jurulatih Perak, Bernard Radin yang telah melatih saya sejak berusia tujuh tahun.
“Saya memang meletakkan harapan untuk memenangi kejohanan ini tambahan pula esok adalah sambutan Hari Kebangsaan, terima kasih kepada semua yang telah membantu saya,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat itu ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Amisha dirai di sekolahnya
Gambar: HMetro & Nik Shahrizal
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm