
King Of Pop, Michael Jackson menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2009. Walaupun sudah 7 tahun meninggal dunia, namanya masih lagi menjadi sebutan orang ramai.
Namun baru-baru ini dunia maya dikejutkan dengan sekeping foto yang dimuatnaik di Instagram oleh Paris Jackson, anak kepada Michael Jackson. Di dalam foto tersebut, kelihatan Paris Jackson mengambil gambar selfie di dalam kereta.
Tetapi itu bukan yang menjadi bualan Netizen sebaliknya kelibat tubuh badan manusia yang duduk di belakang tempat duduk kereta. Ramai netizen membuat andaian bahawa kelibat manusia tersebut adalah Michael Jackson.
“If you give a little love, you can get a little love of your own?” -Kapsyen yang ditulis oleh Paris Jackson pada gambar selfienya. Ramai netizen yang percaya kelibat yang berada di tempat duduk belakang dalam kereta tersebut adalah King Of Pop, Michael Jackson. Tapi setakat ini belum ada bukti yang cukup jelas dan kukuh adakah kelibat manusia tersebut benar-benar Michael Jackson atau temannya yang mempunyai raut wajah yang sama.
Sumber dari Mirror