Oleh Feyra Nasrom Sumber Fb Litefm
Memang kelakar lihat gelagat abang-abang bomba dan polis bantuan ini menari. Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh mereka ini adalah menyahut gelaran RunningManChallenge. Di luar negara, trend ini sangat popular dan ianya sama sahaja seperti musim Harlemshake dahulu. Korang pasti ingat lagi kan Harlemshake? RunningManChallenge juga merupakan konsep yang sama seperti Harlemshake dan bila lihat aksi mereka menari ini, boleh gelak terbahak-bahak kami dibuatnya. Video tersebut viral di media sosial dan mendapat ribuan share daripada netizen. Bukan itu sahaja, setiap portal hiburan di Malaysia juga sedang hangat bercakap mengenai abang Bomba dan Polis ini menari. Apa yang lawak, tarian mereka bersahaja dan sangat menghiburkan !
Jika sebelum ni identiti mereka dikenali sebagai orang-orang yang serius kan, rileks lah, mereka pun ada rasa nak berhibur sambil bekerja kot! Hahaha jom enjoy lihat video-video dekat bawah ini!
RunningManChallenge Malaysia
RunningManChallenge Dari Luar Negara