
Oleh Feyra Nasrom Sumber Sinar Harian
Korang mesti dah tengok lagu yang Khai Bahar duet di Smule dengan seorang lelaki bernama Ayie Lantana menerusi lagu Sudah Ku Tahu tu kan? Punya lah bersahaja je Ayie Lantana ni nyanyi sehinggakan nama dia kini tidak asing lagi di media sosial.
Ayie Lantana atau nama sebenar Mohd Khairil Sabri viral di page Smule Malaysia dan diberi gelaran sebagai#brocomel. Setakat ini pengikut Ayie meningkat seramai 3 ribu orang di Instagram dan mempunyai 5000 rakan di Facebook. Hasil video duet itu, seramai 18 ribu yang like dan lebih kurang 24 ribu yang turut berkongsi video tersebut.
Korang dengar video dekat bawah ni, rilek je dia tarik part tinggi tu sambil bawak kereta. Kata Ayie, populariti Khai Bahar juga turut membantu dia untuk orang lain sedar akan bakat nyanyiannya. Tujuan sebenar bukan untuk meraih populariti, namun ianya sekadar suka-suka sahaja dan Ayie tidak sangka video duet bersama Khai Bahar itu viral di media sosial.