← Kembali
Ter “PhotoBomb” Dengan Selebriti, Penjual Roti Di Nigeria Ditawarkan Menjadi Model
Feb 13, 2016

Oleh Razzlyn Rosli. Sumber mymodernmet.
Kehidupan seorang gadis penjual roti berubah serta merta bila ditawarkan menjadi seorang model apabila gambarnya bersama pemuzik Tinie Tempah tidak sengaja di ambil oleh jurufoto, Ty Bello.
Tinie Tempah dikatakan pulang ke tanah kelahiran ibunya di Nigeria untuk menjalani sesi bergambar bersama Ty Bello. Semasa sesi pengambaran berjalan, seorang gadis menjual roti tiba-tiba lalu dan menjadikannya subjek di dalam foto tersebut.
Dek kerana terpukau dengan gadis tersebut, Ty Bello telah memuatnaik gamabr di laman sosialnya dengan kapsyen yang berbunyi
“It happened so fast. She definitely SHOULD be a model.”
Bello juga menyatakan dia sudi untuk membantu dan membimbing gadis tersebut untuk menjadi model.
Dengan bantuan pengikut dari laman sosialnya, Bello akhirnya berjaya menemui gadis tersebut yang bernama Olajumoke Orisaguna. Mereka akhirnya bekerjasama untuk majalah This Day Style. Orisaguna dikatakan tidak kekok bergambar dan beraksi seperti mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut.
Gambar yang diambil menjadi popular dan akhirnya Orisaguna dikenali di Nigeria dan wanita ini telah menandatangi tawaran menjadi model dari agensi tempatan.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Kenali Jenis Kaki Anda Sebelum Membeli Kasut
Next →
India Lancar Telefon Pintar Termurah Di Dunia RM 17