← Kembali
India Lancar Telefon Pintar Termurah Di Dunia RM 17
Feb 20, 2016
Oleh Feyra Nasrom Sumber The Indian Express
Sebuah syarikat di New Delhi, India melancarkan telefon pintar termurah di dunia yang berharga cuma Rs.251 (RM 17)
Telefon pintar Freedom 251 buatan syarikat Ringing Bells itu merupakan telefon pintar termurah di dunia. Ciri-ciri telefon ini disertakan dengan skrin yang bersaiz 4 inci, 0.3 megapiksel untuk kamera depan dan 3.2 megapiksel kamera belakang, processor 1.3Ghz quad-core, 8GB memori dalaman. Freedom 251 ini juga kelihatan serupa seperti gajet keluaran Apple, iPhone 4.

Menurut sumber, syarikat ini mendapat subsidi daripada kerajaan India untuk mengeluarkan telefon murah yang berstatus mampu milik oleh rakyatnya. Tempahan bagi Freedom 251 ini boleh dibuat melalui website syarikat permula pada 18 Februari ini.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
17 Fun Facts Tentang Pisang Yang Korang Tak Tahu!
Next →
5 Cara Untuk Masak Telur Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah