
Oleh Feyra Nasrom Sumber Twitter @avriesea
Pergh ! belum pernah dibuat orang, memang rare dan kreatif habis pasangan ini ! dengan rasa terujanya nak berkongsi satu cerita, dimana pasangan pengantin ini mengadakan majlis perkahwinan mereka bertemakan pasukan bola sepak England, Arsenal. Menerusi foto-foto majlis perkahwinan yang viral di media sosial, kelihatan pengiring pengantin lelaki dan perempuan hanya mengenakan pakaian jersey yang direka khas untuk majlis perkahwinan mereka. wow! Sempoi habis, yang pasti pengantin berkenaan memang fanatik betul terhadap team Arsenal ni ek? Mana tidaknya, dekorasi yang dikenakan hanya berwarna merah dan putih sahaja tambahan siap ada simbolik padang bola dekat tengah-tengah dewan tersebut. Menurut sumber, majlis perkahwinan ini sudah berlangsung pada 2 April lalu, namun ianya mula tersebar luas sehingga mendapat perhatian dari media UK, wah cayalah ! Boleh dikatakan, majlis yang berlangsung smemangnya sempurna di mata orang ramai dari segi tema, dekorasi dan kemeriahan majlis. Keseluruhan, majlis memang nampak grand habis ! Satu idea yang sangat menarik setakat ini. haa lepas ni, tema perkahwinan apa pula yang bakal muncul ek? Jom kita usha foto sekitar majlis perkahwinan kreatif ini :