
Oleh Feyra Nasrom Sumber Twitter@SyafiqahHasry
Zaman sekarang, tidak kira muda atau tua, masing-masing sudah begitu arif mengguna kecanggihan teknologi yang disediakan. Bukan sekadar Facebook atau twitter, pelbagai applikasi kini wujud yang membolehkan kita berhubung lebih rapat dengan seseorang itu. Mana tidaknya, perubahan zaman kini tidak sama seperti dahulu, dunia makin canggih, sudah semestinya manusia semakin
up to date, ya tak? Jadi, tidak hairan jika umur baru setahun jagung, mereka sudah mengetahui banyak perkara, malah lebih informatif berbanding usia kita ini.
Satu perkongsian oleh Syafiqah Hasri di laman Twitter mengenai perbualan sepupunya yang baru berusia 9 tahun ini sememangnya mencuit hati, orang nak bercinta, dia pun nak bercinta, yang kelakar, siap ada pickup line lagi kot ! jom kita baca perbualan mencuit hati adik ini :
Amboi ! kemain pickup line adik ni, kecil-kecil dah pandai ya? Mungkin kita pandang perkara ini disudut positif, namun harus beringat, ibubapa harus ambil tahu perkembangan serta aktiviti anak-anak, ingat, zaman sekarang, segala perkara senang terdedah, jangan sampai kecanggihan teknologi merosakkan kelakuan dan minda anak-anak anda.