Oleh: Aimi Nordin. Sumber: elitedaily.com
Pelaburan terbaik yang boleh kita lakukan di atas muka bumi ini adalah meluangkan masa sebaiknya dengan orang yang kita sayang. Semakin hari masa berlalu semakin pantas dan manusia juga semakin sibuk pekerjaan harian.
Dalam video yang menyentuh hati ini, seorang kanak-kanak perempuan dan ayahnya di tanya soalan yang sama iaitu, “Apa yang selalu inginkan?”
Mereka berpandangan sesama sendiri dan memberi jawapan yang sama, “ Ingin luangkan masa bersama.”
Tapi, video ini menjukkan yang ayahnya sibuk lakukan sesuatu tak menghiraukan anaknya yang bertanya sesuatu, main telefon sewaktu anaknya di kelas tarian dan sebagainya.
Tapi, disebalik yang berlaku. Rupanya mereka merancang melakukan kejutan untuk ibunya. Pada Hari Bacaan di sekolah anaknya, ibunya risau kerana suaminya tak muncu-muncul sedangkan anaknya ingin membuat persembahan.
Lihat video ini untuk tahu apa kejutan yang si anak dan ayah ini lakukan.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm