
Oleh: Aimi Nordin Sumber : Viralthread.com
Cara hidup, budaya dan kepercayaan di sesebuah negara berbeza dengan negara kita. Mungkin di negara Malaysia kita boleh buat tapi tidak di negara Thailand. Jadi, kami ingin kongsikan perkara yang anda tak boleh lakukan di luar negara.
#1. Thailand

Elakkan menyentuh bahagian kepala seseorang kerana bagi mereka kepala adalah bahagian yang paling suci.
#2. Iran

Jika di Malaysia atau sesetengah negara lain, menunjukkan isyarat jari ibu atau thumbs up di kira isyarat bagus. Tetapi di Iran dan beberapa negara timur tengah ia adalah isyarat tak baik.
#3. Rusia

Anda mesti menanggalkan selipar atau kasut sebelum masuk ke rumah seseorang.
#4. Jepun

Jangan tinggalkan tip tidak kira sama ada di hotel, restoran dan sebagainya. Pastikan anda tanggalkan kasut dan selipar sebelum masuk ke mana-mana rumah dan tundukkan badan anda sebagai tanda hormat. Berapa rendah anda perlu tunduk bergantung kepada pangkat seseorang.
#5.Turki dan Greece

Jangan tunjuk isyarat OK kerana ia isyarat menunjukkan anda seorang homoseksual.
#6. Jerman

Jika seseorang menjemput anda ke rumah pastikan anda bawa hadiah atau sesuatu untuk diberikan dan jangan lambat. Jika bawa bunga, jangan bagi ros kerana ia melambangkan romance, carnations lambang berkabung dan lily untuk pengebumian.
#7. Chile

Hanya gunakan nama pertama anda jika anda di jemput ke sesuatu majlis dan jangan sesekali makan menggunakan tangan.
#8. Nigeria

Jangan gunakan tangan kiri kerana bagi mereka tangan kiri kotor.
#9. China

Jangan beri hadiah dalam jumlah 4 dan jangan balut dengan warna putih, biru atau hitam kerana dipercayai tiada ‘luck’. Hadiah mestilah diberi dan diterima dengan kedua-dua tangan.
#10. Singapura

Jangan makan gula-gula getah dan meludah jika anda tak ingin dipandang pelik dan marah oleh rakyat Singapura.