Oleh Syazwan Aizad. Sumber Quartz
Nyamuk adalah antara haiwan yang boleh mencabar iman kita setiap hari, khususnya pada waktu malam.
Tetapi, percaya kah anda terdapat sebuah kilang di negara China telah membiakkan 20 juta ekor nyamuk jantan seminggu, dan melepaskan nyamuk-nyamuk tersebut ke persekitaran nya dengan sengaja?

Ya, itu yang telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti of Michigan, di mana mereka telah membiakkan kira-kira 20 juta ekor nyamuk jantan dan melepaskan nyamuk tersebut ke persekitarannya, bertujuan bagi mengawal penyakit denggi dan virus Zika.
Nyamuk-nyamuk jantan yang telah dibiakkan itu terlebih dahulu telah dijangkiti dengan bakteria Wolbachia, yang mana akan menghasilkan telur nyamuk yang tidak subur apabila nyamuk ini mengawan dengan nyamuk betina yang membawa virus denggi mahupun Zika.

Untuk pengetahuan, nyamuk yang mencabar iman kita setiap hari itu adalah daripada spesis nyamuk betina sahaja. Nyamuk jantan tidak menghisap darah, sebaliknya nyamuk jantan hidup dengan menghisap madu daripada bunga atau buah-buahan. Nyamuk jantan hidup hanya untuk mengawan dengan nyamuk betina. Itu je. K.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm