Oleh Aimi Nordin. Sumber Youtube.
Di Dhaka, Bangladesh terdapat lebih daripada 10, 000 masjid yang mana setiap masjid menyediakan tandas untuk digunakan. Namun, sudah menjadi kebiasaan dan budaya masyarakat lelaki di sana untuk membuang air kecil di merata-rata tempat dan menjadikan kawasan tersebut berbau dan kotor.
Walaupun di dinding-dinding dan mana-mana tempat telah ditulis larangan membuang air kecil dalam bahasa Bengali mereka tidak menghiraukannya dan terus melakukan perbuatan tersebut. Jadi, Ministry of Religious Affairs di Bangladesh ada satu cara yang nampaknya membuahkan hasil.
Bahasa Arab adalah bahasa Quran tapi tak semua umat Islam memahami bahasa tersebut. Jadi, pihak kementerian telah mengecat semula dinding-dinding dan menulis larangan membuang air kecil di situ dengan menggunakan bahasa Arab.
Setelah melihat reaksi mereka dengan kamera yang tersembunyi ternyata mereka tidak jadi meneruskan untuk membuang air kecil di situ. Mereka menghormati bahasa Arab tersebut. Mungkin ini yang dikatakan ‘tak faham bahasa?’ Tak faham bahasa yang ditulis tetapi boleh mengikut peraturan yang ditetapkan. Tengok video di bawah ini.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm