Oleh Aimi Nordin. Sumber EliteDaily
Sedar tak sedar ada banyak benda yang boleh kita belajar daripada alam semula jadi. Sebagai contoh, semut memang terkenal dengan sikap kerjasama mereka dalam apa jua keadaan terutamanya apabila mencari makan.
Berikutan hujan lebat yang mengakibatkan kemusnahan dan banjir maut di Carolina Selatan, seorang wartawan Fox News, Adrian Acosta menjumpai sesuatu yang difikirnya adalah timbunan lumpur.
Walau bagaimanapun, setelah melihat lebih dekat beliau menyedari tompok-tompok kecil yang terapung itu adalah sekumpulan semut. Semut ini akan berpegangan tangan untuk menyelamatkan diri. Jangan risau, semut-semut yang di bawah tu pun masih selamat kerana rambut halus pada badan mereka membantu mereka untuk bernafas.
Apabila bencana sebegini berlaku, semut akan mengumpulkan semua telurnya dan naik mengikut terowong. Kemudian apabila air banjir semakin naik, mereka akan bekerjasama menjadi rakit seperti ini.
Semut pun tahu bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. Manusia pula dalam keadaan bencana alam kadang-kadang masih mahu bertelagah dan pentingkan diri sendiri. Tengok video kat bawah ni.
Saw these clumps of mud floating in flood water....then took a closer look...unexpected#ants
Posted by on Sunday, 4 October 2015
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm