← Back to list
Penumpang Sempat Ajak Perampas Egypt Air Selfie
Mar 30, 2016

Oleh Feyra Nasrom Sumber Awani
Ditengah kekalutan sedang berlaku, ketika nyawa dijadikan pertaruhan, seorang penumpang dan juga tebusan pesawat Egypt Air sempat meminta izin salah seorang perampas pesawat tersebut untuk mengambil gambar selfie.
Ben Innes yang berasal dari Britain dengan beraninya menuju ke arah perampas yang dikenali sebagai Mustafa tanpa memikirkan keselamatannya terlebih dahulu. Menurut Innes, beliau juga tidak menyangka mengapa dirinya ingin bertindak seperti itu. Menerusi gambar yang diambil , raut wajah Innes kelihatan sangat gembira malah tidak langsung tampak panik dan takut.
Tambahnya lagi, selfie yang diambil merupakan selfie paling menarik untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Walaubagaimanapun, perampas Egypt Air berjaya ditangkap dan kesemua 61 tebusan dibebaskan.
← Previous
Majlis Pengantin Paling Mewah Di Dunia Ini Viral
Next →
Lelaki Ini Buktikan Majlis Perkahwinannya Tidak Sampai RM1000