← Back to list
Lelaki Ini Buktikan Majlis Perkahwinannya Tidak Sampai RM1000
Mar 31, 2016

Oleh Syakireen Othman. Sumber FB Fadhil Mohamad Isa
Sejak dua menjak ini, isu perkahwinan menjadi topik bualan utama antara netizen menerusi sosial media. Terpanggil berkongsi cerita, seorang lelaki bernama Fadhil Mohamad Isa berkongsikan cerita mengenai kisah perkahwinannya di laman sosial Facebook.
Menurut Fadhil, majlis perkahwinannya dengan isteri menelan belanja tidak sampai RM1000. Mas kahwin yang diberikan untuk isterinya ialah RM100 dan untuk kadi dan saksi ialah RM200. Lebih unik, pasangan ini mengadakan majlis makan yang menelan belanja cuma RM500 di Dapor Sarawak.
Fadhil mengatakan yang tiada katering yang diperlukan dan dia sempat membelikan rakan sekerjanya 2 'bucket' KFC. Manakala rakan-rakan yang datang membawa kamera dilantik terus menjadi jurufoto majlis pernikahan mereka.Tiada majlis persandingan yang diadakan atau pun majlis berinai begitu juga hantaran. Mereka cuma pakai sepersalinan baju dan tiada penukaran baju seperti pasangan pengantin yang lain lazimnya. Sama ada nak atau tak nak, terpulang pada pasangan pengantin itu sendiri.
Menarik juga perkongsian yang diberikan oleh Fadhil ini. Moga menjadi contoh untuk pasangan yang bakal berkahwin kelak. Boleh tengok foto-foto yang dikongsikannya di bawah ini.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Penumpang Sempat Ajak Perampas Egypt Air Selfie
Next →
Harga Petrol Dan Diesel April 2016