
Oleh Feyra Nasrom Sumber Astro Awani
Sejak kebelakangan ni, cuaca panas makin menjadi-jadi kan? terlalu kuat bahang terasa sehingga suhu dikatakan mencecah sehingga 36 darjah celcius kot ! kajian mengatakan, cuaca panas yang berlaku disebabkan fenomena El-Nino. Fenomena ini menyebabkan berlakunya cuaca panas dan kekurangan jumlah taburan hujan, malah dijangka akan berlarutan hingga Ogos ataupun September 2016 ini. Dalam tempoh ini, beberapa negeri dan kawasan akan mengalami cuaca kering disebabkan suhu El Nino tidak seperti keadaan biasa sebelum ini.
Jadi kepada anda semua, jangan risau, ada tips yang berguna sepanjang cuaca panas melanda Malaysia ini. Tips ini membantu meredakan bahang kepanasan disamping dapat mengekalkan hari-hari anda kekal sihat dan produktif.
1) Pastikan anda minum air putih yang banyak untuk memastikan badan anda cukup dengan air. Kalau tidak, anda boleh dehidrasi dengan cepat.
2) Jangan salah memilih pakaian. Pilih pakaian yang dapat meresap haba dan peluh. Elakkan pakai pakaian tebal dan fabrik yang tidak sesuai ketika di cuaca panas.
3) Khas untuk kaum hawa, kurangkan bersolek! Ini kerana, alat solekan boleh menghalang peluh untuk keluar.
4) Jangan terlalu kerap melakukan aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak
5) Pastikan pakai losyen yang bersesuaian dengan kulit ketika melakukan aktiviti di luar
6) Banyak mandi air suam, bukan air sejuk. Kenapa? Sebab air sejuk menjana haba untuk menggantikan haba yang hilang
7) Letakkan air sejuk di pergelangan tangan beberapa saat, kerana pergelangan tangan punca saluran darah utama, dan boleh memberi kesejukan yang pantas
8) Makan kerap dengan kuantiti yang sedikit. Jangan makan terlalu banyak terutamanya makanan yang tinggi kandungan karbohidrat, kerana ianya akan menaikkan metabolism dan akan membuatkan badan anda terasa panas.
Jadi, korang boleh amalkan tips ini okay ! Selamat mencuba !