← Kembali
Monyet Kecil Ganti Cincin Berlian
Feb 13, 2016
Oleh Razzlyn Rosli. Sumber Harian Metro.
Sempena sambutan Tahun Monyet, golongan kaya di China kini mempunyai satu lagi trend yang sangat pelik iaitu membela monyet bersaiz ibu jari manusia.
Ia dianggap hadiah paling sempurna untuk menyambut Tahun Monyet walaupun membeli dan menjual haiwan tersebut salah di sisi undang-undang.
Monyet terkecil dunia, pigmi marmoset itu berasal dari hutan Amazon, Amerika Selatan. Haiwan itu dijual secara haram dengan harga sehingga 30,000 yuan bersamaan RM18,900 dan dikatakan popular dalam kalangan golongan elit.
Akhbar People’s Daily melaporkan, haiwan kecil itu digelar ‘monyet ibu jari’ dan kini menggantikan cincin berlian yang menghiasi jari segelintir orang kaya.
Di Weibo, seorang pemilik kedai emas dikenali sebagai Chen menayangkan aksesori terbarunya itu kepada kawan-kawannya.
“
Apalah sangat harimau bintang putih dan burung berkepala merah sebagai hadiah Tahun Baru. Mari saya perkenalkan Xiao Shen,” katanya.
Menurutnya, Xiao Shen berharga 30,000 yuan dan dia tidak langsung menunjukkan rasa bersalah menggunakan seekor haiwan kecil sebagai barang hiasan.
Memandangkan marmoset haiwan asing, isu kuarantin juga perlu difikirkan, namun buat masa ini haiwan seperti itu menjadi buruan golongan kaya baru.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Ter “PhotoBomb” Dengan Selebriti, Penjual Roti Di Nigeria Ditawarkan Menjadi Model
Next →
Wanita Ini Menyerupai 3 Wajah Selebriti Malaysia