
Oleh Feyra Nasrom Sumber FB Adlil Rajiah
Tanggungjawab sebagai ibu bapa itu besar terutamanya terhadap anak-anak. Tidak kira betapa sibuk diri dengan perihal kerja dan sebagainya, cari masa dan luangkan diri bersama mereka. Kadang-kadang apa yang diperlukan anak-anak cuma kasih sayang dan perhatian yang cukup sahaja. Jadi, sebagai ibu bapa jangan sesekali ambil mudah akan perkara ini. Jika kita lihat, banyak kes-kes protes, lari daripada rumah dan sebagainya terjadi dek kerana mereka kurang mendapat kasih sayang daripada kedua ibu bapa.
Satu perkongsian daripada pengguna Facebook, Adlil Rajiah yang menceritakan pengalaman beliau sendiri dalam menguruskan anak-anak. Menurut Adlil, dirinya langsung tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak akibat terlalu fokus dengan kerja. Apa yang menyedihkan , Adlil tidak sedar dalam masa yang sama tanggungjawab beliau sebagai ibu mula terabai. Ingin tahu apa kisah seterusnya, jom kita baca cerita yang dikongsi ini

Ingatlah, keluarga merupakan segalanya. Sayangilah anak-anak anda. Jangan kehilangan mereka yang tercinta disebabkan terlalu sibuk mengejar harta dunia.