Oleh Feyra Nasrom sumber CBC news
Pelik tapi benar. Gara-gara terlalu mengasihani kucing, pasangan pengantin dari California, Amerika Syarikat menjemput 1100 ekor kucing pada hari perkahwinannya.
Pasangan Dominic Husson dan Louise Veronneau mengambil keputusan ini dan mengadakan majlis perkahwinan di Cat Gouse on the Kings dimana tempat itu merupakan pusat perlindungan kucing.
“Kami berdua sememangnya pencinta haiwan” apa yang memeranjatkan pasangan ini tidak menjemput seorang manusia pun sebagai tetamu hadir ke majlis perkahwinan mereka. Malah , majlis hanya dimeriahkan dengan kehadiran kucing-kucing sahaja.
Kisah pelik ini viral di media sosial dan orang ramai menganggap perkahwinan mereka merupakan antara majlis yang paling pelik pernah berlaku, namun apa yang terjadi itulah realiti sebenar.