Oleh Aimi Nordin
Rizalman Ibrahim, nama yang tidak asing lagi dalam bidang fesyen di Malaysia. Menghasilkan banyak rekaan untuk selebriti tanah air sama ada acara karpet merah mahupun dress untuk perkahwinan.Bersempena dengan pelancaran koleksi aidilfitri untuk Zalora, Rizalman muncul dengan idea kreatif dengan mempersembahkan rekaannya dalam bentuk filem pendek.
Filem pendek yang berdurasi lebih kurang 13 minit ini menjanjikan kelainan untuk penggemar fesyen mahupun sekadari menghayati jalan ceritanya.Mengisahkan perjalanan Scha Alyahya dari Istanbul untuk bertemu semula dengan keluarganya selepas lari keluar rumah kerana tidak mendapat restu ibunya lakonan Fauziah Nawi. Setiap pakaian yang dipakai Scha adalah koleksi aidilfitri Rizalman.
Filem pendek ini walaupun untuk mempromosikan rekaan aidilfitri, namun ianya sungguh menyentuh hati. Sesiapa yang menontonya pasti akan mengalirkan air mata. Termasuk beberapa selebriti terkenal seperti Dayang Nurfaizah yang turut menyanyikan lagu untuk filem pendek ini.
Tengok video di bawah ini: