Oleh Syazwan Aizad. Sumber
vox.com
Korang pernah jumpa perkataan “Pneumonoultramicroscopicsilicovolcanoconiosis” tak?
Pneumonoultramicroscopicsilicovolcanoconiosis adalah perkataan dalam bahasa Inggeris yang mempunyai 45 abjad yang merujuk kepada sejenis penyakit paru-paru.
Yang menariknya, seorang kanak-kanak berumur 6 tahun yang tinggal di Central Texas, bernama Akash Vukoti gemar menyebut perkataan tersebut, malah dengan lancar.
Lebih lancar daripada kita!
"Saya hanya mendapat huruf dalam fikiran saya"
Akash berkata perkataan pertama yang dia sebut adalah "sudu." Beliau menganggarkan dia berusia kira-kira 18 bulan ketika itu.
"Bapa saudara saya memberikan saya sudu," katanya.
"Saya eja s-p-o-o-n. Itu sahaja. Itulah bagaimana ia bermula."
“Bee” adalah ejaan keduanya ketika berusia 2 tahun. Dia mengatakan bahawa perkataan yang disebutnya itu dating secara tiba-tiba dalam fikirannya.
Baru 6 tahun dah terrer camni. Kalau dah 25 tahun, apa lah perkataan yang ada dalam fikiranya entah.