
Oleh Syazwan Aizad. Sumber
Ramai yang memperkatakan tentang baik buruk permainan video dan internet masa kini. Terdapat juga laporan yang menyatakan permainan video lebih menjurus ke arah perilaku negatif anak-anak dan remaja jika tidak dikawal.
Itu dulu. Sekarang ni, permainan video boleh dijadikan sebagai kerjaya, malah mendapat keuntungan lumayan melalui pertandingan-pertandingan yang diiktiraf antarabangsa ok?
Baru-baru ini, Amirul Afandi, dari pasukan Infinite telah berjaya memenangi wang tunai RM34,000 selepas beliau memenangi pertandingan FIFA di AGES 2016.
AGES atau ASEAN Games for E-Sports yang berlangsung di Midvalley hujung minggu lalu mendapat sambutan hebat dari para gamers seluruh ASEAN.
Amirul Afandi juga kini berada dalam tangga ke-4 ranking dunia FIFA16.
Dunia weyhh!
Sebelum ini, Amirul Afandi telah memenangi Malaysia Cyber Game dan mendapat wang tunai RM10,000.
Selain FIFA, acara lain yang turut dipertandingkan adalah DoTA dan Counter Strike.
Pasukan dari Malaysia, Orange.Taring turut mendapat tempat kedua dan membawa pulang hadiah RM94,000 dalam acara DoTa 2.
Pergh! Nak main game jugak lah camnii !