Oleh Syazwan Aizad. Sumber Amanz.
Facebook merupakan medium pengantaraan yang boleh dikatakan penting masa kini. Tanpa Facebook, siapalah yang nak ingatkan kita dengan perkara-perkara seperti:
1. Hari lahir
2. Kenduri-kendara
3. Majlis-majlis rasmi
Dan bermacam-macam perkara lain yang viral dilaman sosial.
Namun begitu, Facebook sedia ada memerlukan kita untuk log masuk ke dalam aplikasi Facebook terlebih dahulu bagi mendapatkan akses untuk perkara-perkara di atas. Justeru, Facebook telah memperkenalkan Jarvis.
Jarvis merupakan salah satu bot yang memfokuskan kepada memudahkan anda mengingati sesuatu jadual atau perkara. Jarvis ini sangat membantu anda dalam menghantar notifikasi – tidak kira pada desktop atau pada peranti mudah-alih.
Beroperasi sepenuhnya daripada Facebook Messenger, pengguna akan diperlukan untuk memberitahu lokasi semasa mereka supaya ia boleh mengenal-pasti waktu di lokasi anda.
Sebaik sahaja telah menetapkannya, pengguna akan boleh membuat peringatan menggunakan Jarvis. Sebagai contoh, anda boleh menghantar mesej kepada Jarvis supaya mengingatkan anda untuk mesyuarat esok. Seterusnya, ia akan memberikan anda peringatan dalam bentuk mesej di Facebook Messenger.
Dengan pengenalan bot seumpama ini di Facebook, mungkin kita akan melihat perkara-perkara yang lebih menarik seperti meminta Jarvis mencari barang anda? Atau minta Jarvis carikan rusuk kiri kita yang hilang? lol
Atau dan mungkin nanti akan wujud Jarvis seumpama pada filem Iron Man?
Pergh!