
Oleh Feyra Nasrom sumber FB Syafiq Ridhwan
Khas buat kaum lelaki terutamanya bagi mereka yang sedang dalam perjalanan meniti ke alam perkahwinan, disini kami ada terjumpa satu perkongsian yang sangat membina daripada seorang pengguna Facebook iaitu Syafiq Ridhwan. Berbicara soal jodoh atau kahwin ini banyak yang perlu dititikberatkan. Tidak semudah yang disangka untuk mendirikan rumah tangga. Yang penting, adakah anda sudah bersedia dari aspek tanggungjawab, agama, pemimpin, sikap dan sebagainya?
Mampukah anda menjaga perilaku diri dan hanya menjaga satu hati sahaja? tuhan tidak pernah berhenti beri dugaan dalam hidup, berkahwinlah jika diri anda benar-benar sudah bersedia. Tanggungjawab suami sangat besar dan pastikan kelengkapan diri itu cukup untuk memimpin seorang isteri. Jadi, sejauh mana persediaan anda? Mari kita baca perkongsian daripada Syafiq Ridhwan ini