Oleh Izzat Ismail. Sumber mynewshub
Sebak rasanya tatkala kali pertama melihat baju istimewa kanak-kanak ini. Bagi seorang ayah sudah tentu dia mahu yang terbaik untuk anaknya tetapi atas faktor kemiskinan perkara tersebut tertangguh seketika.
Seorang bapa di Afganistan telah menggunakan cara alternatif demi untuk merealisasikan impian anaknya. Arif Ahmad. Bapa kreatif ini telah mencipta jersi pemain kebangsaan Argentina iaitu Messi.
Semuanya dilakukan kerana anaknya itu terlalu minat dengan pemain bola sepak tersebut dan impian untuk memiliki jersi pemain itu amat mustahil. Bekerja sebagai petani hidup mereka boleh diibaratkan seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Lantaran itu, Arif Ahmadi bertindak membuat sendiri jersi pemain kebangsaan Argentina itu dengan menggunakan beg plastik dengan menulis nama Messi di bahagian belakang ‘jersi’ itu yang kemudian disarung anaknya, Murtaza. Perkara tersebut cukup membuatkan anaknya tersenyum dan bercita-cita untuk berjumpa idolanya itu satu hari nanti.
*Layan ERA fm menerusi
dengar.era.fm