← Kembali
Anak Patung Hidup Naik Pesawat Thai
Jan 28, 2016
Oleh Izzat Ismail
Pelik tapi benar.Tahukah anda, anak patung di Thailand bakal mendapat layanan istimewa sama seperti penumpang lain di dalam pesawat syarikat Thai Smile Air. Perkara tersebut adalah benar jika “ibu bapa” mereka membayar harga tiket sama seperti orang yang lain.
Selain tempat duduk, anak patung tersebut turut disediakan makan dan minum malah akan dilayan seperti manusia biasa. Anak patung digelar sebagai ‘
Luk Thep‘ atau ‘
Child Angels‘ itu, yang dikatakan semakin popular di rantau Asia Tenggara.
Selain percaya anak patung tersebut memiliki ‘kuasa luar biasa’ mereka turut percaya jagaan baik itu akan membawa kepada nasib yang baik’. Bercerita mengenai anak patung itu, harganya boleh mencecah semahal 5,020 baht (RM595) dan pernah terjadi insiden apabila pemilik turut membuat tempahan restoran untuk anak patung tersebut.
Para pemilik mempercayai bahawa anak patung tersebut mempunyai roh kanak-kanak yang boleh mengubah nasib untung mereka, kekayaan harta, restu dan perlindungan daripada bencana bahaya. Pelik dan menakutkan bukan?
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
11 Selebriti Buktikan Hubungan Mereka Kekal Sehingga Kini
Next →
Jangan Biarkan Anak Anda Duduk Dalam Posisi Ini!