← Kembali
David Beckham Kongsi Video Kelakar Anak Sulungnya Memasak
Feb 26, 2016

Oleh Feyra Nasrom Sumber IG @davidbeckham
Siapa yang tidak kenal dengan bekas pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham? Bukan sahaja hebat beraksi di padang, David Beckham juga merupakan bapa kepada 4 orang anak. Mengikut jejak bapanya sendiri, Brooklyn Beckham anak sulung kepada David Beckham juga merupakan pemain bola sepak bagi kelab Arsenal.
Dilihat menerusi keintiman hubungan bapa dan anak, baru-baru ini, David Beckham ada memuat naik satu video kelakar di akaun instagramnya yang merakamkan cubaan anak sulungnya Brooklyn untuk menterbalikkan pancake yang dimasak olehnya.
Apa yang kelakar, Brooklyn kelihatan begitu yakin dan beraksi seolah-olah beliau berjaya menyambut pancake tersebut dengan sempurna.
Beckham yang merakam dan menyaksikan gelagat anaknya itu tidak dapat menahan gelak dan menyebabkan Brooklyn turut sama gelak dengan tindakan lucunya itu.
Video itu menerima 600k like dan lebih dari 15k netizen meninggalkan komen pada video tersebut. Jom kita usha “ kehandalan “ anak David Beckham memasak pancake dalam video dekat bawah ni :
A video posted by David Beckham (@davidbeckham) on
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Facebook Kini Muncul Emoticon Baru
Next →
7 Tips Hilangkan Dagu Berlapis