← Kembali
Cuaca Panas Ni Memang Sesuai Kalau Cuba Aiskrim Buah -Buahan
Jan 22, 2016
Oleh Syazwan Aizad
Musim panas ekstrem yang sedang melanda negara sekarang boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba. Disebabkan ini, tubuh badan amat memerlukan air dan makanan serta minuman yang sejuk dan menyegarkan.
Masih ingat dengan fenomena aiskrim pasu yang pernah viral suatu ketika dahulu? Kini ada pula aiskrim yang jauh lebih sedap, malah menyegarkan dan sedap.
Cara penyediaannya juga jauh lebih mudah. Anda hanya memerlukan potongan buah-buahan, bekas aiskrim dan sedikit air. Masukkan potongan buah-buahan itu kedalam bekas aiskrim, dan tambahkan sedikit air hingga separuh penuh. Kemudian, masukkan ke dalam peti ais, dan biarkan sehingga membeku. Selepas beku, anda boleh lah mula nikmati aiskrim buah-buahan anda bersama orang tersayang.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Cara Mudah Untuk Menyiram Pokok Bunga Menggunakan Botol Terpakai
Next →
6 Telefon Pintar Harga Bawah RM650