Oleh Ina Mohd. Sumber Funny Malaysia
Zaman sekarang telefon pintar memainkan peranan yang penting. Kalau tidak ada telefon, masing-masing semacam hilang arah. Tetapi ingat, jangan kerana telekomunikasi seperti telefon menjarakan hubungan anda dengan orang sekeliling. Kalau kita lihat telefon pintar harganya agak mahal. Sebenarnya ada telefon mampu dimiliki yang harganya berpatutan. Tidak percaya? Mari kami beri idea untuk anda.
1. Meizu M2 Note

Telefon pintar ini berharga RM650. Mempunyai 2GB ram. Penyimpan dalaman untuk telefon pula 16GB manakala boleh mencecah ke 128GB dengan menggunakan melalui kad. Untuk kamera, 13 megapiksel manakala dari depan pula 5 megapiksel.
2. Xiaomi Redmi Note 2

Xiaomi Redmi Note 2 mempunyai kuasa dari 2GHz octa-core pemproses MediaTek Helio X10 dan didatangi dengan 2GB RAM. Mempunyai 16GB penyimpanan dalaman yang boleh berkembang sehingga 32GB melalui kad microSD. Harganya pula RM649.
3. Asus Zenfone 2 Laser

Telefon ini menggunakan set cip Qualcomm Snapdragon yang menggunakan Snapdragon 410 SoC dengan 2GB RAM, manakala yang lebih mahal menggunakan Snapdragon 615 chipset dengan 3GB RAM. Selain dari itu spesifikasi adalah sama dalam kedua-dua peranti: 16GB penyimpan dalaman, 13 megapiksel kamera utama, 5 megapiksel kamera kedua, sehingga 128GB sokongan penyimpanan diperkembangkan, dan bateri 3000mAh. Asus juga boleh digunakan SIM 4G. Harganya RM625.
4. Xiaomi Redmi 3

Xiaomi Redmi 3 menampilkan paparan HD 5-inci (720 × 1280 piksel). Selain dari itu Qualcomm Snapdragon dengan 616 pemproses. Telefon pintar ini termasuk 2GB LPDDR3 RAM, Adreno 405 GPU, dan juga mempunyai 16GB penyimpanan dalaman serta boleh menggunakan microSD kad sebesar 128GB. Dari segi kamera pula 13 megapiksel dengan LED flash, f / 2.0 aperture, PDAF autofocus, dan juga menyokong 1080p HD ketika mahu membuat rakaman video. Harganya RM470.
5. Lenovo Vibe P1m

Datang dengan 2GB ram manakala kamera pula 8 megapiksel. Kesemua yang anda mahukan ada dengan telefon pintar Lenovo. Harga juga berpatutan iaitu RM580.
6. Alcatel Flash 2

Masih ingat dengan jenama Alcatel? Dengan skrin 5 inci, telefon ini mempunyai resolusi HD 720 x 1280. Rakaman video pula 1080p, 30fps. Kapasiti bateri 3000mAh. Harga serendah RM549.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm