
Oleh: Aimi Nordin
Adakah anda fikir anda sudah berjaya? Soalan ringkas tapi jawapannya belum tentu seringkas soalan.
Kita mungkin akan cakap kita belum lagi berjaya ke tahap yang kita mahu. Atau kita belum berjaya selagi kita tak capai apa yang kita impikan. Tapi sedarkah kita, ada orang di luar sana, teman rapat, keluarga kita yang melihat setiap titik kejayaan yang kita capai? Susah payah kita dalam hidup, macam mana kita hadapi setiap dugaan yang datang semua itu sentiasa ada insan yang memerhatikan.
Jadi, video yang kami kongsikan ini adalah video di mana beberapa orang di tanya dengan soalan ‘Do you think you’re successful?” Dan apa yang mereka berikan hanyalah jawapan betapa mereka kecewa, sedih dan tak rasa mereka seorang yang berjaya.
Sedangkan keluarga, teman rapat dan kekasih mereka ditanyakan soalan adakah mereka seorang yang berjaya dan jawapannya membuatkan anda tersentuh. Secara amnya, kita manusia memang tidak boleh mengiktiraf kejayaan sendiri.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm